CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 23, 2009

KISAH KAU DAN AKU...(part4)

Sudah 3 hari peperiksaan Ujian Selaras 1 berlalu. Hubungan aku dan Syukri juga sudah kembali normal seperti biasa. Kini sudah jarang kulihat dia bersama Zulaykha. Kata orang,mereka dah bercouple tapi takkan orang yang dah bercouple macam tu pulak jadinya…Tapi kenapa ya?hairan jugak…namun,sikapku juga sudah semakin berubah,
maksudku lebih kepada sifat keperempuanan,membuatkan aku lebih selesa dengan perwatakkan baru itu. Meskipun aku masih cuba membiasakan diri,namun aku gembira,sekurang-kurangnya aku tidak sekasar dahulu lagi…hehe!

“ Opie…kau mesti ada sukakan seseorang kat maktab ni kan?” usik Syukri.

“ Adalah…mana boleh bagitau kat hang! Hang ni mulut mengalahkan murai tercabut ekor,sat lagi habis kecoh satu maktab! “ nada suaraku tidak sekasar dahulu
lagi ketika bercakap dengannya. Syukri hanya tersengih.

“ Dulu kau janji nak beritahu aku…hmm.. biar aku teka…Arif ek? Ke Ridzuan tu?eheh” Syukri ketawa sambil menekan-nekan perutnya. Bab-bab menyakat orang memang dahsyat budak ni…getusku di dalam hati. Tapi sesekali…gayanya itu membuatkan dia seorang yang comel….

“ Tak adalah…erm nantilah,ingat lagi kan aku janji nak bagitau kat hang bila?” soalku kembali.

“ Wei…hari graduasi tu bulan 10 nanti kot…lambat lagi. Bapak lama nak tunggu.!Entah aku hidup ke tak lagi masa tu…haha!!!”guraunya.

“Ala…tunggu ajalah,” aku sekadar tersenyum ke arahnya. Syukri merenungku. Kau ni kan Opie, sekali tengok cantik jugak kan? Kan best kalau kau jadi gierlfriend aku…tapi yelah kau kan orang Penang…Orang Utara ni susah nak percaya cakap orang KL macam aku ni…Kononnya orang KL ni hanya tahu nak mainkan perasaan perempuan bila bercouple kat sini…sayang betul…namun kata-kata itu hanya mati dalam fikiran Syukri…

“ Syuk,apa hang pandang aku macam tu? malulah oi…” aku mematikan lamunannya. Entah apalah yang difikirkannya tadi.

“ Err…tak ada apa-apa” Syukri menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Alahai comelnya….hehe!

* * *

“ Opie…girl yang aku selalu cerita kat kau tu,rupa-rupanya dia suka kat orang lain. Menyesal aku tak berani nak suarakah isi hati aku kat dia…huhu” adu Syukri suatu hari. Aku hanya mendengar.

Tapi bukan kau dah couple dengan Zulaykha ke? Ei dasar budak KL…playboy!! Namun kata-kata itu tidak terluah kerana kepastianku belum terjawab lagi tentang
perhubungan Zulaykha dan Syukri. Aku tidak mahu pula bertanya kepadanya. Bimbang dikatakan busybody pula…tapi cara dia cerita kat aku hari-hari pasal girl yang dia admire tu,macam dia belum couple dengan Zulaykha je bunyinya…

“ Cakap ajelah hang suka kat girl tu apa susah. Nak aku tolong hang?” aku menawarkan diri. Entahlah…aku sendiri pun kurang pasti sama ada aku benar-benar ikhlas mengucapkannya kepada Syukri.

“ Eii…tak nak lah aku. Aku takut girl tu tak suka kat aku nanti,” ujarnya kemudian. Macam sedih pulak bunyinya..!

“ Belum try,belum tau…apalah hang ni…!hehe…ala,kan hang boleh di katakan ‘wanted list’ kat maktab ni…aku rasa girl tu mesti suka jugak lah kat hang… hang dah tau girl tu suka kat sapa ka?” tanyaku kepada Syukri.

“ Tak tau pun…” balasnya ringkas.

“Haa ada chance lagi lah tu…” gurauku berbaur harapan. Meski perkara itu sedikit mengecewakanku,tetapi aku tidak kisah asalkan hatinya bahagia…

“ Okay nanti aku try. Sekarang jugak aku boleh buat. Sebab girl tu ada dekat sini je…meh aku tunjuk kat kau. Cepatlah…” Syukri mengajak aku keluar kelas. Waktu itu, mujurlah tiada cikgu di dalam kelas kerana waktu tersebut merupakan waktu terluang bagi para pelajar yang mengambil EST, cuma terdapat kelas bagi para pelajar yang mengambil Prinsip Akaun dan Pendidikan Seni Visual sahaja.

Sampai di depan pintu kaca PSP,Syukri menghentikan langkahnya. Kulihat tiada kelibat pelajar perempuan langsung di situ. Maksud aku,aku hanya dapat mengagak rupa perempuan itu daripada penceritaan Syukri setiap hari kepadaku.

“Yang mana satu,Syuk? Aku tak nampak langsung girl yang hang cakapkan tu…” soalku tidak mengerti. Syukri masih tersengih.

“ Girl depan tu betul-betul berada di depan kau. Takkan kau tak nampak?” Syukri berkata kepadaku.Aku masih tidak mengerti kata-katanya. Aku tidak melihat sesiapapun kecuali pantulan imej aku yang ku lihat di depan pintu kaca itu…

“ Girl yang di dalam cermin tulah yang aku admire selama ni…” bisik Syukri ke telingaku. Aku terkejut…Bercandakah kau, Syukri Nasyrin b. Azizan? Aku tergamam… Speechless… aku tidak dapat membayangkan riak wajahku tatkala itu…. Tidak berani
rasanya aku ingin menatap mata milik Syukri Nasyrin saat itu….

“ Untuk pengetahuan kau,selama ni memang aku sukakan kau Sofea. Sebab itu,aku senang berkawan dengan kau. Tambahan pula, kau seorang yang memahami aku…terima kasih sebab kau menjadi sahabat aku selama ni. Bila kau beritahu aku yang kau yang kau sukakan orang lain,tatkala itu aku sedar,mungkin kau sekadar menganggap aku teman biasa yang rapat dengan kau…Mungkin aku dah tak berpeluang nak beritahu kau yang aku dah lama sukakan kau…tapi aku rasa dah tiba masanya untuk aku beritahu tentang hal ini… dan inilah harinya….Ainil Sofea bt. Abd. Jalil,sekali lagi aku katakan, AKU SUKAKAN KAU SOFEA!” tegasnya kembali.

“ Tapi soal Zulaykha? Macam mana pulak dengan dia?” aku bertanya.

“ Zulaykha tu sepupu aku sebenarnya. Pada awalnya aku rapat dengannya kerana dia masih tak dapat nak menyesuaikan dirinya lagi dengan persekitaran di sini…dan tak lebih daripada itu. Mungkin kau ada denganr cerita yang mengatakan kami bercouple,
tetapi sebenarnya tidak…” jelas Syukri kepadaku. Hatiku kembali berbunga riang. Aku senyum dan mengalihkan padanganku ke arahnya.

“ Tapi aku tak sangka selama ini,hang suka kat aku. Adakah disebabkan aku dah berubah,membuatkan hang baru berani nak beritahu aku semua ni?Macam tu?” aku masih tidak berpuas hati.

“ Aku akui, kau dah sekarang dah banyak berubah. Aku gembira dengan perubahan kau…tetapi aku lebih sukakan Opie yang dulu…Opie yang kasar kerana aku lebih menyenangi sikapmu yang dulu…Tetapi aku pelik jugak kenapa tiba-tiba kau berubah?Kenapa?Kau tak pernah cuba nak menjelaskannya kepadaku…” ujar Syukri
kemudian.

“ Ini semua gara-gara hang la…aku cemburukan hubungan hang dengan Zulaykha. Aku cuba berubah untuk menyaingi Zulaykha. Lagi satu,aku dah buat silap besar,masa aku tanya apa reaksi hang kalau hang tau ada girl suka kat hang… hang ingat, hang pernah cakap hang akan benci perempuan tu…itu yang aku takutkan…” balasku kembali.

“ Kenapa perlu kau cemburukan Zulaykha? Bukanlah kau ada kesempatan untuk bertanya kepadaku tentang kedudukan sebenar perhubngan antara aku dan Zulaykha? Kenapa kau tak tanya aku?”

“ Sebab aku takut hang akan syak sesuatu. Aku tak nak bila hang tau pasai benda tu,hang akan benci aku. Aku tak berani tangung risiko…”

“ Risiko apa?!”

“ Risiko kehilangan hang. Kebencian hang terhadap aku yang perlu aku bayar untuk itu…!”

“Sebab apa? Sebab kau suka kan aku,kan?” soal Syukri. Aku dah terjerat dengan kata-kataku sendiri. Aku hanya terdiam. Kau dah tahu segala-galanya…

“ Yang sebenarnya aku tahu kau dah lama suka kan aku. Cuma kau je tak nak tunjukkan. Kau cuba sembunyikan benda tu disebalik kekasaran kau…kan?” bertubi-tubi aku diasakkan dengan pelbagai soalan oleh Syukri. Aku tak mampu untuk menafikan apa-apa lagi…

“ Sekarang kalau hang dah tau,hang nak malukan aku lah dengan bagitau aku benda ni hari ni?

“Tak…tujuan aku satu je. Hari ni aku nak tanya kau satu benda…” aju Syukri.
“ Apa dia? “

“ Sudi tak kau jadi girlfriend aku? Maaf,aku mungkin bukan orang yang romantik,kau kenal aku kan?hehe” Syukri tersenyum nakal.

“Eii…gatalnya….” Aku mencubit lengan Syukri….

“Tutt…tutt…” bunyi telefon bimbitku menandakan satu mesej masuk kedalam inbox. Mematikan seketika lamunanku yang melayang jauh ketika aku masih lagi berada di Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu…

‘ESOK KITA PERGI MAKTAB SEKALI YE AMIK RESULT SPM? FAMILY
SYUK DAH SAMPAI KAT PENANG NI…SYUK TIDUR KAT HOTEL.ESOK PAGI, FAMILY KITA PERGI SEKALI LAH KE KUBANG PASU YE…OKAY?’

Mesej dari Syukri rupanya. Aku dan Syukri telah ‘memeterai ikatan’ setelah kami selesai menduduki peperiksaan SPM. Itulah syarat yang aku kenakan kepadanya sewaktu dia mula-mula menyatakan hasrat tersebut kepadaku. Dia akur. Dan sekarang,aku dan dia bahagia menjalani hidup kami…Meskipun dia di Selatan, aku di Utara…jarak bukan sempadan…segala-galanya berputik di Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu…
Aku juga tidak menyangka cintaku ternyata ada di situ…I love you MRSMKP!!!!

10 comments:

  1. siyess arr comel :D

    dh tu skang ni masih lg ke? hihi.~ lalala

    ReplyDelete
  2. kisah kau dan aku
    aku rasa,better g kat youtube
    ni url aku bg..
    http://www.youtube.com/watch?v=pe5XnK36UYc
    check-it-out
    rasa2 dpt jd original sound track utk kisah ini
    huhu
    nice story by the way

    ReplyDelete
  3. @eka:
    posture jer yg ending tu...
    like i said before..
    its ADAPTED..
    hehe

    @que:
    lagu kangen band tu..
    hehe
    suke2~

    ReplyDelete
  4. doktor jenis apa ni
    mak singa?
    ni mesti perempuan ni
    habaq mai sini noo
    ade jugak jenis xmesra alam

    ReplyDelete
  5. waaaaaaaaaaaaa
    hahahhahahahahahahahahahahahhahaha
    kenangn tuuuuuuuuuuuuuu
    hahahaha

    ReplyDelete
  6. @que:
    hehe..ada...
    of cos aa pompuan kn...
    doc yg semesra n seindah indah water pon ade...
    hik3

    @aini:
    yup..priceless moment..
    mhl nie..
    offer...nk balik kp???
    huhuhuhuu

    ReplyDelete
  7. yeee
    nanti bia kita jd manusia/dr seindah indah water yeaa
    hehe cayala

    ReplyDelete
  8. @que:
    sure DR QUE...hehe
    sok ni nti ble org dtg nk cabot gigi ker...
    jd la doc yg patient ske..ala2 admire gituh..
    wahahah~

    ReplyDelete
  9. gila sweet...wey,aku jmpa blek copy story nie yg hg print..hehee..

    ReplyDelete
  10. @intan:
    aku ingst lg hang simpan copy script tu bwh tilam kt bilik...
    huhu~~
    hahaha

    ReplyDelete

 
TEMPLATE ERROR: Invalid data reference post.canonicalUrl: No dictionary named: 'post' in: ['blog', 'skin', 'view']